Seindah Hiasan Adalah Wanita Yang Solehah

Sebagai renungan dan peringatan buat diriku dan
sahabat2 yg lain

Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan
sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, keremajaannya,
serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah
akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang
membahagiakan dirimu.

Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau
akan memperolehi cinta daripada insan yang juga
menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi
keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga
yang mengoncang iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata
kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan
pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang
langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang
kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang
anak kecil untuk menyisirnya dengan
jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah
dengan segala ilmu pengetahuan, dan
anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu
senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk
kembali,dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan
senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin
mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi
untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang
dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya,
atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia
memandang dunia.Kerana di matanyalah
terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di
mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan
wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih
memberikan perhatian dan cinta yang dia
berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang
waktu

PENGHURAIAN BERORIENTASIKAN OBJEK(PBO)

PENGHURAIAN BERALGORITMA

Menulis atur cara yang besar dan kompleks bukan satu tugas yg boleh di pandang ringan. Satu pendekatan yg biasa digunakan oleh manusia sejak berzaman lg dlm menghadapi kekompleksan blh dipakai dlm mereka bentuk aturcara. Pendekatan yg dimaksudkan adalah pecah dan tawan(divide and conquer).Dgn pendekatan ini kita huraikan kpd submasalah yg lbh kecil yg  setiap satunya blh diselesaikan secara tidak bersandaran.

 Satu pendekatan penghuraian dlm mereka bentuk aturcara adalah penghuraian beralgoritma . Apabila pendekatan ini digunakan, struktur aturcara yg dibangunkan terdiri drpd modul-modul yg setiap satunya mewakilkan suatu langkah dlm proses keseluruhan aturcara itu. Pendekatan penghuraian beralgoritma merupakan asas bg paradigma pengaturcaraan bersturktur.

 Satu teknik yg lazim digunakan dlm pengaturcaraan berstruktur adalah teknik reka bentuk atas-bawah. Dgn teknik ini aturcara dipecah-pecahkan kepada tatacara yg lbh kecil secara berperingkat-peringkat shg ke satu tahap yg mana kesemua tatacara itu cukup besar utk dikodkan secara tidak bersandaran. Satu perkara yg penting mengenai penghuraian beralgoritma adalah tumpuannya kpd aspek proses aturcara.

 

PENGHURAIAN BERORIENTASIKAN OBJEK(PBO)

 Java adalah satu bahasa berorientasikan objek.Bahasa ini amat sesuai utk pengaturcara yg menggunakan pengaturcaraan berorientasikan objek dlm membangunkan aturcara.PBO adalah berbeza drpd pengaturcaraan berstruktur yg disebutkan sblm ini.Ini adalah krn PBO mengutamakan penghuraian berorientasikan objek sementara pengaturcaraan berstruktur mengutamakan penghuraian beralgoritma.

 

Pada asasnya PBO bermaksud mereka bentuk aturcara sbg satu koleksi yg bekerjasama dlm mewujudkan kefungsian aturcara yg dibangunkan.Objek blh dilihat sebagai agen yg menyajikan perkhidmatan tertentu kpd kliennya.Utk meminta suatu objek melaksanakan satu drpd perkhidmatannya, mesej utk melaksanakan perkhidmatan itu perlu dihantar kpd objek tersebut.

Sebagai satu gambaran masalah proses menyediakan makan ptg :-

  • Objek pelayan bertanggungjwb menyelaras semua aktiviti
  • Objek penggoreng kentang bertanggungjwb menggoreng kentang
  • Objek pembuat sandwich bertanggungjwb menggoreng sandwich
  • Objek mesin minuman panas bertanggungjwb membuat minuman panas

         

Penyelesaian yg berasaskan penghuraian berorientasikan objek:-

 

  • mesej satu bungkus kentang goring dihantar kpd objek penggoreng kentang
  • mesej sandwich burger ayam dihantar kpd objek pembuat sandwich dan
  • mesej satu cawan minuman coklat panas dihantar kepada objek mesin minuman panas

 

BEBERAPA KONSEP ASAS ORIENTASI OBJEK

1.Objek

a)      Objek mempunyai keadaan

b)      Objek mempunyai kelakuan

c)      Objek mempunyai identity

d)     Perkaitan keadaan objek dengan perlakuan objek

 

2.Pengkapsulan

Pengkapsulan dicapai menerusi penyembunyian maklumat iaitu maklumat pengimplementasian disembunyikan drpd pengetahuan klien.

 

3. Antara muka Objek

Senarai mesej ini digelar antara muka objek. Antara muka objek merupakan protocol yg mesti digunakan utk berinteraksi dgn suatu objek.

 

4. Penghantaran mesej

 

5. Kelas

Sistem PBO yg besar dan kompleks lazimnya melibatkan objek yg terlalu bnyk utk dispesefikasikan atribut dan perlakuannya satu persatu. Satu contoh system ialah system rekod pelajar bg suatu universiti . Dlm system ini pelajar dimodelkan sbg objek.Pembangun system ini tentunya tidak mampu memspesifasikan atribut serta perlakuan setiap objek pelajar memandangkan pelajarnya begitu ramai.Masalah ini boleh ditangani menggunakan konsep kelas. Semua objek pelajar blh kita golongkan dlm satu kategori.Kategori ini boleh kita takrifkan berdasarkan kpd atribut dan perlakuan yg terdapat pd setiap objek di dalamnya.Misalnya semua pelajar ada atribut nama,umur,alamat,jantina dsb.Terdpt jg perlakuan yg ada pd setiap pelajar. Sbg cth setiap objek pelajar akan memberi tindakbalas yg sama apabila menerima mesej yg meminta ia mengemaskini atribut alamatnya.

 

6.Pewarisan

Dlm mengenalpasti kelas utk ditakrifkan dlm pembinaan suatu system PBO kita sebenarnya mengkategorikan objek yg terlibat dlm system itu.Suatu kategori objek blh dihaluskan lg dgn mewujudkan subkategori utk mengkategorikan ahli dlm kategori objek itu.

 

METODOLOGI ORIENTASI OBJEK

Apabila konsep orientasikan objek digunakan utk menyelesaikan suatu masalah pelan penyelesaian yg dibgnkan akan melalui bbrp pembangunan iterative. Ini akan menjurus dlm penghasilan satu penyelesaian yg mantap yg memenuhi kehendak dan spesifikasi yg dinyatakan oleh pengguna.

Secara amnya asas penyelesaian masalah dlm membangunkan suatu system komputer akan melalui peringkat :-

  • apakah yg perlu dibuat?
  • dlm domain apa system akan dilaksanakan?
  • kemahiran apa yg diperlukan?

Metodologi orientasi objek mengambil kira semua peringkat diatas dgn memperkenalkan pendekatan-pendekatan berikut utk memahami suatu masalah dan seterusnya melaksanakan masalah berkenan dlm konteks orientasi objek :-

  1. Analisis Orientasi Objek
  2. Rekabentuk Orientasi Objek
  3. Pengaturcaraan Berorientasikan Objek

 

MODEL

Dokumentasi yg dihasilkan semasa proses analisis dan rekabentuk system kebiasaannya menggunakan model utk menggambarkan kelakuan system yg hendak dibangunkan. Model ialah perwakilan perkara-perkara yg real dan mementingkan bbrp aspek penting dlm konteks-konteks yg spesifik. Dlm kata lain model merupakan suatu pengabstrakan(abstraction).

Set model yg dihasilkan jg disebut model keperluan atau model logical.Model logical ini bermaksud semua keperluan system ditunjukkan tanpa mengambil kira bagaimana system berkenaan akan diimplementasikan menggunakan teknologi.Model-model yg menggunakan UML adalah model logical yg bebas drpd isu-isu teknologi.

UML

Unified Modeling Language(UML) digunakan utk menakrifkan pemodelan dan konstruk-konstruk orientasi objek dan rekabentuk objek. UML adalah bahasa pemodelan yg hanya menspesifikasikan semantic dan notasi. UML tidak memodel kan proses spt memperincikan metod dan prosedur.Dlm seksyen-seksyen berikutnya kita akan melihat konstruk-konstruk UML yg blh digunakan utk memodelkan objek .Ini termasuklah :-

  1. Rajah Kes  Guna
  2. Rajah Kelas
  3. Rajak Aliran Keadaan
  4. Rajah Jujukan
  5. Rajah Kolaboratif

Adab Bercakap

  1. Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.
  2. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
  3. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  4. Jika seseoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
  5. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
  6. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  7. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
  8. Jangan bercakap secara berkumam mulut
  9. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
  10. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
  11. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
  12. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSYU’ DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

8 Kebohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya

Sebuah kisah yang dapat dijadikan teladan yang dipetik daripada seorang rakan :

 

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan
membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini
justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari
kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari
penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum
bunga yang paling indah di dunia. Cerita bermula ketika aku masih kecil,
aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang
miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu
sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke
mangkukku, ibu berkata : “Makanlah nak, aku tidak lapar”

KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA : Ketika aku mulai dewasa,
ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing
di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan,ddia dapat
memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang
memancing,
ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan
sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku
makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan
suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya,
dia berkata : “Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan”

KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA : Sekarang aku sudah masuk Sekolah
Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi
untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya
itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim
dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu
pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel
kotak mancis. Aku berkata : “Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu
masih harus kerja.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak , aku
tidak penat”

KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA : Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti
kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik
matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah
terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi,
menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan
menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh
yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh
lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan
gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : “Minumlah nak,
aku tidak haus!”

KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT : Setelah kepergian ayah kerana
sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan
berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan
hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada
hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada
seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu
ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di
sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali
menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala
tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : “Aku tidak butuh cinta”

KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA : Setelah aku, kakakku dan abangku
semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah
waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar
setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit
wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau
menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata
: “Aku ada duit”

KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM : Setelah lulus dari ijazah, aku pun
melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran
master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di
sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan
gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati
hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu
menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : “Aku tak biasa tinggal negara
orang”

KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH : Setelah memasuki usianya yang tua,
ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang
berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di
ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di
wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan
jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat
lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air
mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : “Jangan menangis anakku, Aku tidak
kesakitan”

KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN : Setelah mengucapkan kebohongannya
yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali.
Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa
tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : “Terima kasih ibu..!”

Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah
ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk
berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat
ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu
kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan
pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita,
risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di
samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orangtua kita?
Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua
kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita
renungkan kembali lagi…

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua
kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata “MENYESAL” di
kemudian hari.

Pendidikan Dari Perspektif Falsafah

Pendahuluan

Konsep falsafah, pendidikan dan falsafah pendidikan adalah antara beberapa konsep yang kebanyakan sarjana pendidikan tidak bersepakat dalam memberi takrif yang jelas dan terperinci.  Ketiga-tiga konsep tersebut mempunyai tradisi dan ruang lingkup yang amat luas, yang tidak kurang pula dipenuhi oleh mazhab-mazhab atau aliran-aliran tertentu. Bab ini akan menghuraikan secara ringkas ketiga-tiga konsep tersebut dan juga perkaitan antara falsafah, pendidikan dan falsafah pendidikan dalam sesuatu sistem pendidikan.

Takrif  Falsafah

Istilah falsafah (philosophy) berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philies yang bererti suka atau cinta; dan sophia yang bererti kebijaksanaan atau hikmah. Oleh itu, seorang ahli falsafah atau filosof adalah seorang yang cinta kepada kebijaksanaan atau hikmah. Namun, hikmah dan pengetahuan bukanlah konsep yang sama. Pengetahuan merujuk kepada maklumat sedangkan hikmah mengandungi unsur-unsur kematangan berfikir, jauh pandangan dan memiliki basirah (insight) terhadap setiap tinjauan dan pengamatan yang dengan menggunakan pengetahuan semata-mata seseorang itu tidak mampu mencapainya.

Sifat ini jelas terpancar pada diri seorang filosof Greek tersohor, iaitu Socrates yang apabila diberitahu bahawa dia telah dianggap sebagai seorang yang paling bijaksana di Athens, dia telah menafikannya. Malah, dia dengan tegas pula mengatakan bahawa kebijaksanaannya itu adalah justeru kesedarannya sendiri tentang kejahilannya.   Dia tidak mencapai kebijaksanaan tetapi mencari kefahaman tentang isu-isu dalam kehidupan.  Kata Socrates lagi , “aku hanya seorang pencinta kebijaksanaan”.

Kneller (1971) telah membincangkan tiga stail falsafah yang dikategorikan beliau sebagai berikut:

a)      Falsafah spekulatif, iatu satu cara pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Ia juga satu proses mencari susunan dan keseluruhan yang tidak hanya tertentu kepada satu item atau pengalaman, tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman. Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari  satu  kesepaduan  bagi  semua  pemikiran  dan  pengalaman. Tujuannya ialah untuk memahami semua perkara yang berbeza yang ditemui bersama dan membentuk satu keseluruhan yang bermakna.

b)      Falsafah preskriptif, iaitu stail falsafah yang cuba menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. Ia juga mengkaji apa yang dikatakan baik dan buruk, betul dan salah, cantik dan hodoh, dan sebagainya. Selain itu, falsafah ini turut bertanyakan sama ada kualiti tersebut terdapat pada perkara itu sendiri atau hanya muncul daripada pemikiran kita sahaja. Misalnya, kepada ahli psikologi, pelbagai bentuk tingkah laku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik buruknya, namun kepada ahli falsafah preskriptif, ia sentiasa berusaha untuk mencari dan mengesyorkan prinsip untuk menentukan apakah tindakan dan kualiti yang berfaedah, dan kenapa ianya harus begitu.

c)      Falsafah analitik,  iaitu stail falsafah yang memberi tumpuan kepada perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut. Ia juga menganalisis kenyataan-kenyataan spekulatif dan preskriptif dalam usaha untuk mempertimbangkan makna-makna yang berbeza dalam konteks yang berlainan. Falsafah ini turut menunjukkan bagaimana ketidak seragaman mungkin timbul apabila makna yang sesuai dalam konteks tertentu telah dibawa dalam konteks yang berlainan. Falsafah analitik bersikap berhati-hati, skeptik dan tidak begitu cenderung untuk membina sistem-sistem pemikiran.

Dalam Hinduisme, falsafah (darsana) bererti “melihat ke dalam” dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Oleh itu, falsafah bukan sekadar untuk memperolehi pengetahuan kerana pengetahuan semata-mata atau untuk memuaskan rasa ingin tahu, tetapi untuk mengungkapkan jenis kehidupan tertinggi serta menghayatinya, iaitu kehidupan yang akan membawa keharmonian atau realisasi jiwa (nirwana). Dalam Hinduisme adalah sangat sukar untuk memisahkan antara falsafah dengan agama tersebut, justeru ada yang beranggapan bahawa Hinduisme adalah satu falsafah.

Bagi seorang filosof, berusaha mencari kebijaksaan itu adalah lebih diutamakan daripada mendapatkan kebijaksanaan itu sendiri. Apakah pendapat dan ulasan anda dalam persoalan ini?

 

AKTIVITI 1

 

Konsep Pendidikan

Konsep pendidikan sering diberikan definisi yang pelbagai, misalnya sebagai suatu proses indokrinasi; proses latihan; proses perlanjutan atau kesimbungan budaya; proses   penitisan  sesuatu  ke  dalam  diri;  dan  proses  pengembangan  potensi  individu. Sebagaimana falsafah mempunyai pelbagai aliran dan mazhab, begitu jugalah pendidikan yang mempunyai pelbagai aliran dan mazhab pemikirannya. Skop pengertian pendidikan amat luas, dinamik dan culas, namum secara umumnya pendidikan boleh dihurai mengikut tiga perspektif, iaitu: 

a)      Perspektif individu (psikologi).

b)      Perspektif masyarakat (sosiologi).

c)      Perspektif falsafah.

Dari sudut individu, Hasan Langgulung (1987) mentafrifkan pendidikan sebagai proses pengembangan potensi diri. Setiap individu adalah umpama permata di dasar laut yang mempunyai pelbagai potensi, kualiti dan nilai. Sebagaimana mutiara di dasar laut perlu digilap untuk mengeluarkan kilauan cahayanya, maka seseorang individu juga perlu diberikan pendidikan untuk membolehkannya mengembangkan pelbagai potensi dirinya.

            John Dewey (1961), secara analogi mengandaikan pendidikan sebagai “what nutrition and reproduction are to physiological life, education is to social life.”  Hasan Langgulung (1987) pula memperjelaskannya dengan berkata bahawa dari segi pandangan masyarakat, pendidikan bererti pewarisan kebudayaan dari generasi tua kepada generasi muda, agar hidup masyarakat tetap berlanjutan.  Malah, pendidikan bukan sahaja satu wadah di mana sesuatu kebudayaan itu dapat disalurkan, bahkan ia juga adalah wadah pembentukan sesuatu kebudayaan (Tanner dan Tanner, 1975).

            Beberapa definisi di atas telah memenuhi fungsi pendidikan dari aspek psikologi dan sosial.  Namun dari sudut falsafah, pendidikan harus dilihat daripada tiga perkara, iaitu input, proses dan output. Misalnya, Prof. Syed Mohd. Naquib Al-Attas (1980) mentakrifkan pendidikan sebagai proses penitisan ilmu ke dalam diri insan. Definisi ini menjuruskan fungsi pendidikan ke arah mewujudkan insan yang baik, iaitu insan yang melalui penguasaan ilmu, pengetahuan, nilai dan keterampilannya akan turut memajukan hati budi serta memperkembangkan prinsip akauntabiliti yang teguh lagi utuh terhadap Pencipta, alam, dan sesama manusia.

Sekiranya sesuatu masyarakat dapat melahirkan satu sistem pendidikan yang sebegini, maka ia sesungguhnya akan dapat mengubah, memaju, mengembang, dan seterusnya menyempurnakan manusia, masyarakat, negara, dan bangsanya.  Ternyata konsep pendidikan dilihat dari sudut ini, adalah sebagai satu proses “pengalamian” (unlearnt and relearnt),  serta ianya harus boleh mewujudkan suatu paksi dan landasan pemikiran, pemahaman, serta tindakan yang benar dalam jiwa insan yang menjadi penampung kepada pendidikan.  Justeru, ibarat anyaman dalam tenunan masyarakat, pendidikan dalam wadah yang sebegini dapat pula menyatupadukan anggotanya.

 

Apakah pendapat anda jika dikatakan bahawa pentakrifan konsep pendidikan daripada sudut falsafah adalah lebih menyeluruh dan mantap berbanding dengan pentakrifan daripada sudut-sudut pandangan yang lain?

 

AKTIVITI 2

 

Takrif Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan pula biasanya merujuk kepada tulisan-tulisan tentang teori dan amalan pendidikan merangkumi watak (nature), matlamat (aims) dan kaedah (methods) serta dapat pula menjelaskan betapa eratnya hubungan antara falsafah dan teori pendidikan (O’Conner, 1957). Untuk memudahkan kefahaman, O’Conner telah mengenal pasti ruang lingkup falsafah dan pendidikan berpandukan penekanan-penekanan berikut;

a)       berdasarkan pengertian “falsafah dan pendidikan”,

b)      berdasarkan pengeritan “falsafah dalam pendidikan”, dan

c)       berdasarkan pengertian “falsafah untuk pendidikan”. 

 

Pendekatan “falsafah untuk pendidikan” adalah paling sesuai dan relevan kerana pendekatan ini menganggap bahawa konsep-konsep, andaian-andaian, kaedah dan pendekatan daripada bidang falsafah itu boleh dan patut diterapkan ke dalam pendidikan, tetapi dengan maksud falsafah diperalatkan untuk kepentingan pendidikan dan permasalahannya.

John S. Brubacher (1962) menyatakan bahawa falsafah pendidikan merangkumi lima kegiatan utama iaitu:

a)       Pengesahan dan pensahihan dapatan umum mengenai nilai baik dalam pendidikan.

b)      Mewujud dan mengukuhkan sudut pandangan yang bernas mengenai fenomena pendidikan.

c)       Melahirkan dimensi spekulatif untuk pendidik dan pendidikan.

d)      Memberikan garis panduan yang normatif kepada pendidik dan pendidikan.

e)       Melahirkan daya kritikal dalam bidang pendidikan.

 

Dalam konteks hubungan antara falsafah umum dan falsafah pendidikan, Hasan Langgulung (1987) menjelaskan fungsi falsafah pendidikan sebagai:

a)       Penerapan kaedah dan pandangan falsafah dalam pendidikan, merangkumi mencari konsep-konsep yang dapat menyelaraskan gejala yang berbeza kepada suatu rencana menyeluruh, menjelaskan istilah-istilah pendidikan, mengajukan prinsip atau andaian dasar tempat tegaknya pendidikan dan menyingkapkan klasifikasi yang menghubungkan pendidikan dengan bidang-bidang keprihatinan manusia.

b)      Aktiviti teratur yang menjadikan falsafah sebagai medianya untuk menyusun proses pendidikan, menyelaras dan mengharmoniskannya serta menerangkan nilai-nilai dan tujuan yang ingin dicapai. Ringkasnya, ia menyatukan tiga elemen: falsafah, pendidikan dan pengalaman manusia sebagai satu kesatuan yang utuh.

c)       Satu aktiviti praktikal oleh para pendidik dan filosof untuk menjelaskan proses pendidikan, menyelaraskan, mengkritik dan merubahnya berdasarkan kepada masalah dan pertentangan budaya.

d)      Teori dan ideologi pendidikan yang muncul daripada sikap falsafah seorang pendidik, pengalaman dan kajian-kajiannya tentang pendidikan.

            A. F. Bonifacio (1980) mentakrifkan falsafah pendidikan sebagai usaha-usaha untuk mengkaji dan menganalisis secara objektif kepercayaan-kepercayaan kita sendiri terhadap pendidikan. Manakala F. V. Carino (1980) pula mengatakan bahawa falsafah pendidikan adalah penerapan kaedah-kaedah falsafah ke atas kajian dan pemahaman tentang masalah dan isu-isu berhubung dengan atau pun yang terbit daripada pendidikan.  Ianya melibatkan bukan sahaja analisis ke atas konsep-konsep pendidikan, tetapi mungkin yang lebih penting lagi ialah pembentukan idea-idea intipati, konsep-konsep dan kaedah-kadeah yang dapat membantu usaha-usaha pendidikan dalam penujuannya ke arah masa hadapan.

Pendapat yang terakhir dikemukakan dalam bab ini ialah oleh Al-Syaibany (1979) yang  menyatakan bahawa falsafah pendidikan ialah pelaksanaan pandangan falsafah dan kaedah falsafah dalam bidang pengalaman kemanusiaan yang disebut sebagai pendidikan. Oleh itu, pada pendapat beliau, ia boleh menjelaskan beberapa kegunaan dan kepentingannya seperti yang berikut:

a)       Menolong perancang pendidikan dan pelaksana untuk membentuk pemikiran yang sihat dan berhikmah terhadap proses pendidikan, dan

b)      Menentukan tujuan-tujuan dan fungsi-fungsi pendidikan.

 

Apakah kepentingan falsafah pendidikan dalam menentukan hala tuju dan gagasan pendidikanMalaysiapada era globalisasi ini? Kaitkan hujah dan alas an anda dengan merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

 

AKTIVITI 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLASIFIKASI M-LEARNING

M-Learning dapat diklasifikasikan seperti berikut:

1. Sistem yang mendukung pembelajaran synchronous di mana antara pengajar dan siswa mahupun antara siswa dapat berkomunikasi secara real-time, misalnya menggunakan komunikasi suara, teks (chat) atau video conference.

2. Sistem yang mendukung pembelajaran asynchoronous, di mana komunikasi tidak dapat dilakukan secara real-time. Dalam berkomunikasi asynchronous, dapat digunakan emel, bulletin board/forum atau SMS.

3. Sistem yang mendukung pembelajaran synchronous dan asynchronous sekaligus.