TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA TEORI PSIKOANALISIS

     Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud.  Beliau berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. 

Beliau bermula sebagai seorang doktor perubatan dan sebagai penyelidik menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf.  Bidang ini tidak begitu maju dalam abad yang ke 18, dimana ramai semasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedah bagi menyelesaikan penyakit mental.  Freud bagaimana pun dipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan oleh seorang doktor di Vienna, Austria yang bernama Joseph Breur. 

 Breur telah menggunakan suatu teknik bagi mengubati pesakit-pesakitnya, ia-itu menumpukan kepada perbualan tentang simtom-simtom dan didapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya secara persendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama ‘The Interpretation of Dreams’ (1900) dan seterusnya kajian tentang analysis swadiri.

      Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya.  Sekiranya kita mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang sesuai untuk membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian.

TOPIK 2:  CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISIS

 Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia.  Fahaman ini berpendpat manausia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. 

Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan

mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.  Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat.  Dalam ertikata yang luas termasuklah juga kekeluargaan.  Dengan demikian, maka diadakan ciri- ciri sosialiasi.  Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan bilazim.

 TOPIK 3:  PERKEMBANGAN PERSONALITI

     Tenaga psike.  Kefahaman tentang psikoanalisis memerlukan penilitian aspek tenaga psike yang meliputi konsep (1) Penentuan Psike dan (2) Tahap Bawah Sedar.

      Penentuan Psike.  Konsep ini bermaksud bahawa semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu.  Pada lazimnya berkait rapat antara hubungan sesama insan.  Dalam ertikata lain, ada berkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakkan emosi yang sertamerta.

    Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO.  Konsep libido ini lebih menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan).

Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan swadiri.  Desakan yang kedua dalam tenaga psike adalah desakan aggresi atau THANATOS(kehendak mati).

Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan.  Penentuan psike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia.  Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.

TOPIK 4:  TAHAP KESEDARAN

      Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain dari Penentuan Psike.  Dalam pemikiran manusia,keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran.  Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:

     (1)  SEDAR (Concious)

     (2)  PRASEDAR (Preconcious)

     (3)  BAWAH SEDAR (Unconcious)

      Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu.  Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

 Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. 

 Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi.  Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar–boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan.  Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya.  Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.

Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis.  Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri.  Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor.

      Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.

 

     Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu.  Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu.  Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap.

      Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap kesedaran kliennya.  Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI.  Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang ‘tak sesuai’ tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat dibereskan.

      Caranya:

              (1) Pendedahan

             (2) Meneroka

              (3) Pentafsiran

 

     Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan.  Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya.  Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien.  Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.

      Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien.  Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa.  Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan psikoanalisis.  Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat. 

 

About Ckgu Zah

Diploma : Pendidikan Islam Degree : Teknologi Maklumat Master : Psikologi Pendidikan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s