Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendididkan daripada kaedah tradisional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Pr0blem Based Learning” masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning atau selepas ini dipanggil M-Learning boleh dikatakan masih baru dari segi implementasinya.

Apakah M-Learning? M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran.Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku(Kukulska Hulme & Traxler,2005).Dalam kata mudah,proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata.

Sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya di Malaysia, telefon mudah alih,komputer riba,“palm talk”,mahupun “i-pod” merupakan “gadget” yang mampu dimiliki.Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah pembelajaran:untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas,untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat(Sharples,2007)

Dipetik daripada kajian: Syed Ardi,PM Dr.Zaidatun,UTM.

About Ckgu Zah

Diploma : Pendidikan Islam Degree : Teknologi Maklumat Master : Psikologi Pendidikan

One response »

  1. Ckgu Zah berkata:

    Terdapat pelbagai teori pembelajaran yang menunjukkan bagaimana manusia belajar, seperti teori perlakuan, kognitifvisme, konstruktivisme, teori kawalan, cara belajar, dan pembelajaran sosial (Shih & Mills,2007). Dalam mengimplementasikan M-Learning di Malaysia, pelbagai perkara perlu diambil kira antaranya: sejauh mana kesediaan pendidik dan pelajar dalam menerima kaedah ini, sejauh manakah teknologi mudah alih di Malaysia dapat disediakan kepada pengajar dan pelajar, dapatkah kaedah ini menarik minat pelajar dan adakah ianya merupakan isu yang dapat diterima secara global di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s