Nama: Faizah binti Othman

Profesion : Guru, Pensyarah Sambilan (AeU) & Guru Pembimbing Permata Insan (USIM)

Tempat kelahiran : Melaka

Serba ringkas sejarah pendidikan & profesion:

Mula berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1998 dengan hanya memiliki STPM,Sijil Pengajian Syariah(UM) dan Diploma Pendidikan(MPKTBR). Terlibat secara langsung dengan Kementerian Pelajaran sebagai Jurulatih Utama. Memberikan khidmat yang tidak berbelah bahagi juga sebagai panel penilai Buku Teks. Banyak terlibat dengan ceramah-ceramah dan program-program motivasi sama ada peringkat kementerian mahupun pertubuhan-pertubuhan luar. Aktif dengan pertubuhan belia dan menjawat jwtn Ketua (Helwa) Negeri bagi salah sebuah pertubuhan belia.

Alhamdulillah pada 2007 dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian). Sayap pendidikan dipanjangkan lagi dengan meneneruskan pengajian di peringkat Sarjana Psikologi Pendidikan (UKM). Maka bermulalah kembali rutin sebagai seorang penuntut universiti (2009-2011).

Alhamdulillah pada 2012 dikurniakan Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan. Dan kini sedang dalam perancangan menyambung lagi pengajian di peringkat Phd….insyaAllah..semoga kejayaan dimiliki dengan kudrat dari Illahi.Harapan semoga dapat terus menabur bakti kepada agama, bangsa & negara….amin.

 

9 responses »

  1. Ckgu Zah berkata:

    Alhamdulillah….kini saya telah pun menamatkan pengajian di peringkat master. Ilmu yang dituntut itu tidak pernah sia-sia. Allah telah mengurniakan rezeki Nya iaitu dgn tidak semena-mena saya ditawarkan menjadi Pensyarah Sambilan di Asia e University. Syukur tak terhingga kehadrat Mu, Ya Allah rezeki yg diperolehi datang dgn segera. Semoga perjalanan hidup ini diberikan kekuatan oleh Allah utk terus menabur bakti…aminn.

    • khairuddin berkata:

      tahniah atas kecemerlangan cikgu zah..
      saya amat berbangga dengan cikgu.
      semoga titipan ilmu yg tak pernah reda mencurah ruah tanpa jemu cikgu hulur dengan penuh iltizam..tanpa mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu sejati…
      Allah saja yang menilai keikhlasan cikgu .
      teruskanlah perjuangan yang suci ini.
      senyum tanda ingatan kami…

    • Annis Junaidah berkata:

      Assalamualaikum..
      Jutaan terima kasih di atas ilmu yang dipaparkan.Tahniah saya ucapkan kepada puan.Teruskan usaha hingga akhir hayat.Wassalam..amin.

  2. Cik Waan berkata:

    hi ..kakak …Waan di sini yang mengambil kursus Isu pendidikan di UKM. saya juga mendapat tugasan individu yang sama dengan akak iaitu penghapusan jaminan penempatan guru pelatih. terima kasih atas maklumat yg dikongsi. saya ingin mendapatkan sumber ” hardcopy” akak. bolehke ? segala jurnal & buku rujukan akak. segala bantuan dan pertolongan , saya dahului dengan ribuan terima kasih.

    Waan
    012 617 8292
    waanwaiteng@hotmail.com

    • Ckgu Zah berkata:

      Alhamdulillah ilmu yg ada dikongsi bersama…nnti akak cuba upload lg apa2 bhn yg akak ada. Kekangan masa menyebabkan tiada kesempatan untuk update page ni.

  3. assalamualaikum puan..boleh sy tau bilakah puan upload nota ini..sbb sy ade mngambil sdikit info d sni sbg tugasan sy..dan sy mmerlukan tarikh upload nota ini utk d jadikan rujukan..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s